Friday, February 24, 2012

pangkor island!!

perfect hneymoon location!!wahhh....blum pape dh talk pasal honeymoon...ish3..ape daaa...
actualy bukan ape,nie just my impian jew...one day if i kawen,nak ajak my future husband g honeymoon cnie laaa....nak tau sb pew,sbb i tgok tmpat die cntik sgat!seriusly tringin sangat nak pegi sinie...xpe2 nnt da keje
start saving duet g cnie la...










hope 1day dpat nk pegi cnie :)
picture nie actualy copy paste dri intenet jew... 
yela,xpnah smpai lg kot..huhu
xpe2 nnt dah pg sana,i snap pict byak2 ok!
hahaha.. k la makin mlalut lak kan..k babai!







Thursday, February 23, 2012

Sahabat-Sahabat MUSLIMAH yg Disayangi Allah lagi Dikasihi NABI...
JOM KITA BERTUDUNG...
TUDUNG WANITA itu ada empat iaitu tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara dan tudung pada hati.. Apa MAKSUD disebaliknya?

✿~ Tudung pada WAJAH : jangan sampai wajahnya mengundang FITNAH..kecantikan adalah pingitan buat suami, BUKAN PAMERAN untuk lelaki ajnabi..
✿~ Tudung pada MATA : jangan matanya MEMANDANG lelaki lain selain muhramnya..solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang..
✿~ Tudung pada SUARA : JANGAN DILUNAK-LUNAKKAN dengan tujuan memikat dan mempesona..
✿~ Tudung pada HATI : MENGINGATI Allah dengan tasbih.♥♥
 
 

Monday, February 20, 2012

~sUdUt ReNuNgAn~

MURAH REZEKI
setiap kali berdoa mesti kita mintak untuk d murah kan rezki dan d berkati kan???sebenar nye DIA sentiase mberi tanpa kita sedari.percaya x...dgan seringgit yg kite derma tue,harta kita tak akan kurang!malah makin bertambah :)

"dua malaikat trun stiap hari dari langit.satu dari mereka berdoa: Ya Allah,kembangkan lah harta org2 yg suke mhulurkan derma..Dan satu  yg lain pula berdoa: Ya Allah binasakan lah harta2 org yg kikir(kedekut)"(al-hadis)

malaikat tolong doakan kita.itu baru bgi seringgit.kalau kita bg bringit2 lagi la bnyak doa yg kita dapat dri para malaikat.tapi kita jgan salah fham plak..rezki tu bukan sahajA dri duit..tapi dri smua nikmat yg korg dpt..itulah rezki...contoh nyer

  • mdapat psangan hidup
  • mdapat anak
  • terselamat dri malapetaka
  • bebas dri penyakit
  • bgun pagi dan msih boleh melihat,mdengar dan bercakap
p/s:memberi derma 2 biar lah seiklas hati..jgn mnunjuk2..baru dpt pahala..
     nak tambah rezki byak2 lah bersedekah..."RENUNG2 KAN DAN SELAMAT BERAMAL"


Wednesday, January 18, 2012

Kawan VS sahabat

Bila sudah berjauhan dengan sahabat-sahabat masa belajar dulu. Rasa rindu semakin membuak-buak. Yelah 3 tahun bersama. Banyak perkara yang dilalui bersama. Suka, Duka, Tawa, Riang semua ada. Sekarang semua dah ada kehidupan masing-masing yang baru. Ada yang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, ada yang sedang membina kerjaya, ada yang sedang mencari hala tuju dan bermacam-macam lagi. Setiap mereka, ada jalan yang tersendiri. Begitu juga saya.

Bila berjauhan dengan sahabat-sahabat lama,, muncul pula kawan baru. Biasalah, yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Tapi,, tak semua yang diganti itu sama dengan yang lama. Susah untuk mencari yang sama. Dalam 100, mungkin satu sahaja yang akan sama. Di sini, saya cuma ingin menekankan bahawa, kawan semasa belajar, tak sama dengan waktu kerja sekarang. Siapa sokong dengan statement ni?..hehe

Kalau time belajar dulu,, banyak benda kita boleh berkongsi dengan kawan-kawan. Biasanya, setiap satu persegi kita akan bercerita dengan kawan. Tapi, kawan di alam pekerjaan, tak semua kita boleh berkongsi bersama. Banyak hati yang perlu di jaga. Sukar untuk berterus terang. Kadang-kadang, memendam itu lebih baik dari meluahkan.

Bagi saya,, walau pun dah ada yang baru, saya tetap cari yang lama kerana merekalah yang lebih memahami. Setiap ape yang saya lalui, mereka pasti akan cepat mengetahui. Mereka sangat superb!! Walau apa pun,, tak semua kawan baru tak boleh dijadikan sahabat, cuma ia masih baru. Banyak benda yang masih belum diketahui. Mungkin satu hari nanti persahabatan yang baik akan terjalin.insyaAllah 

rindu sangat2 ngan my geng study...
my classmate...rindu nk kumpul wt jamuan cm dulu..
Sahabat = Sangat memahami
Kawan = hanya dikala suka
~sayang korang sumer~

Thursday, January 5, 2012

rahsia bunga ros :))

haiii....petang yg sangat bosan nie,ape kata kita bcakap tentang bunga ros :))
sekadar untuk hilang kan bosan jer....



MERAH
Warna yang paling laku kat kedai bunga, ros merah melambangkan cinta abadi yang penuh romantis dan ghairah. Love is forever gitu. Tapi tahukah korang bunga ros merah juga melambangkan tanda terbukti keberanian dan sebagai tanda mengucapkan tahniah. Korang boleh gunakan bunga ros merah ni untuk membuatkan malam korang lebih hangat dan bernafsu~~~


PUTIH
Bunga ros putih melambangkan kesucian, kehormatan, privacy dan jugak tak bersalah.Bunga yang biasanya boleh dilihat waktu hari perkahwinan ini juga melambangkan yang pemberi bunga berwarna putih ini juga seorang yang berniat tulus ikhlas dalam perhubungan. Kalau nak beri aku bunga, sila beri bunga ni yek.

PINK
Bunga ros pink melambangkan korang gay. Tipu je. Ros pink membawa maksud romantik, kebahagiaan dan kagum terhadap seseorang. Kalau korang minat pada seseorang, korang boleh gunakan ros pink ni sebagai tanda yang korang ni merupakan secret admirer si dia. Kalau korang nak ucapkan terima kasih yang teramat sangat, ros pink ini juga pilihan yang tepat kerana melambangkan penghargaan dan terima kasih. Tapi bagi lelaki kalau nampak ada lelaki selit bunga ros pink kat poket baju dia, jauhlah dia yek. 


KUNING
Ros kuning boleh jadi ros paling dibenci kerana ianya melambangkan persahabatan. Jadi, kalau tak dapat ros merah, tapi dapat ros kuning, faham-fahamlah yek. Tabahkanlah hati tu, lepas tu korang balas kat si pemberi bunga ros kuning ni dengan bunga ros hitam, mesti dia gelabah. Sebab apa? Sila baca kat bawah. Selain tu, ros kuning ni melambangkan selamat datang/ welcome back dan juga sesuai untuk diberi kepada yang baru bergelar ibu dan juga mereka yang bergraduasi. 

PEACH
Ros berwarna peach membawa maksud yang hampir sama dengan ros pink, iaitu melambangkan rasa syukur. Ia juga sesuai untuk diberi ketika menziarahi orang yang sakit sebagai tanda korang simpati terhadap dia. Tapi tak bagi kat orang sakit pun tak apa, bagi kat kawan-kawan korang yang tengah bersedih. Tunjukkan sikit rasa simpati tu.


ORANGE/JINGGA
Bak kata budak tadika, bunga yos oyen. Bunga yos oyen ni membawa maksud "aku bangga padamu" dan "aku ingin kamu". Warna yang hangat dan memberikan tenaga ini turut membawa maksud yang korang mengharapkan kebahagiaan dalam berpasangan. Happy ever after! Bunga ros yang membawa rasa kebanggaan dan bertenaga~~~

LAVENDER/UNGU
Selain warna merah, korang jugak boleh gunakan warna ungu ni sebagai tanda korang cinta. Tapi lebih kepada cinta pandang pertama.Ia membawa lambang kemegahan dan rasa cinta dalam hati yang nak tersembul keluar umpama pusat terjojol akibat dek tah tahan menanggung cinta.

 
BIRU&HITAM
Pernah nampak bunga ros warna ni? Hanya aku sorang je yang ada.Selepas aku celup dengan pen dakwat biru dan hitam. Sebenarnya, secara realitinya bunga ni tak wujud. Tapi sebab dengan adanya teknologi komputer, diorang edit warna jadi warna ni. Warna hitam melambangkan kematian, kesedihan, dan selamat tinggal. Warna hitam jugak menunjukkan permulaan baru dalam hidup.Warna ros biru pulak melambangkan sesuatu yang tak tercapai atau mustahil. Jadi sila beri gambar bunga ros biru kepada orang yang tergila-gila pada korang tapi korang benci nak mamfus kat dia.


BUNGA ROS KAT KEK?
Aku paling suka bunga ros ni. Makan pun kenyang. Tak bazir duit. Ngeh...Ngeh..Ngeh...

P/S: Jangan beri bunga ros selalu atau murah dengan bunga ros. Beri pada hari-hari yang istimewa atau yang penting sebab keistimewaan bunga ros tu akan hilang kalau diberi selalu. Korang paling suka ros warna apa?

Friday, December 9, 2011

semusim bersama ikatan selama nyer

seriusly!!i reali miz this moment damn much ....

with my classmate >.<  



with aten liyana,intan,arip hafizi n aten dilla :))

memory with faizal!!thanks sbb dtg hari bsejarah sy :))
 reali appreciate!!>.<

03.10.2011~~dpt result LJM alhamdulillah lulus :))

last day @SEGi UC 11.11.11 mkan2 @ secret recipe >.<

celebrate besday zharif @bintang sidewalk

with my BFF forever

last majlis berbuka puase with my classmate...

~~banyak lgi knangan yg sy rindu~~

Thursday, December 8, 2011

HYPNOBIRTHING

assalamualaikum..hii..malam nie saya nak share sumthing yg baru..pada sy ini benda baru yg sy tau,,,korg xtau la penah dgar ke x...mgkin antara korg penah baca artikel ttg kaedah bersalin dalam air atau di pgil HYPNOBIRTHING...sbb kedah nie kurang mdapat smbutan d malaysia...yg dah tau or yg penah baca 2,xsalah kan if korg baca skali lg :))spanjang jadi student nurse pon saya x penah dgar kaedah HYPNOBIRTHING nie..saya dapat tahu cara nie pon melalui rancangan WANITA HARI INI..rase macam menarik,so saya terus mencari maklumat tentang HYPNOBIRTHING nie..jom kite baca same2 :))

 Sejarah kelahiran bayi di dalam air ini, ia bermula pada tahun 1960-an apabila seorang penyelidik dari Rusia, Igor Charkovsky melakukan kajian tentang kebaikan kelahiran di dalam air. Pada penghujung tahun tersebut, seorang pakar perbidanan dari Perancis, Frederick Leboyer mencuba kaedah kelahiran dalam air untuk membiasakan bayi yang sebelum ini berada dalam uri.Seorang lagi pakar perbidanan Perancis, Michel Odent, menambah baikkan lagi kajian Leboyer dengan menggunakan kolam bersalin sebagai salah satu cara mengurangkan rasa sakit bersalin. Odent juga mengkaji kebaikan bayi yang dilahirkan dalam air dan pada penghujung tahun 1990, ribuan bakal ibu telah memilih untuk bersalin di Pusat Bersalin Odent di Pithivier dan sejak itu, kaedah bersalin di dalam air mula digemari.Kini, kaedah bersalin di dalam air menjadi satu perkara yang biasa di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Ramai yang mempraktikkan kaedah ini mengakui bersalin dalam air lebih merehatkan dan umpama spa yang memberi kelegaan serta ketenangan fikiran.

Tetapi Di Malaysia, kaedah ini tidak begitu diterima rakyat Malaysia memandangkan ia agak bertentangan dengan adat dan budaya sesetengah kaum di negara ini.

Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas. Kondisi seorang ibu pula mestilah sihat, tidak mempunyai penyakit lain sepertitekanan darah tinggi atau kencing manis.Ibu juga bebas untuk memilih cara paling selesa untuk bersalin dan tubuh mereka akan berasa ringan kerana apungan air. Jadi mereka boleh bertinggung, melutut dan sebagainya mengikut keselesaan mereka ketika waktu bersalin. Malah, suami juga boleh turut sama berada di dalam kolam untuk memberi sokongan kepada si isteri.

Apabila bercakap tentang kelahiran di dalam air, ramai yang menggeleng kepala kerana membayangkan risiko bayi akan lemas di di dalam air selepas dilahirkan.Ramai yang bertanggapan bahawa kemungkinan bayi yang dilahirkan akan lemas di dalam air. Tanggapan tersebut salah kerana bayi yang baru dilahirkan tidak akan bernafas untuk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor.
Bagi yang menganggap geli kerana kolam akan berlumuran darah juga perlu membetulkan tanggapan tersebut kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja. Air di dalam kolam bersalin akan bersih sahaja dan uri ibu biasanya akan dikeluarkan oleh bidan atau doktor selepas dia keluar dari kolam.

Kelahiran dalam air sebenarnya adalah salah satu alternatif tambahan bagi ibu yang tidak mahu menggunakan sebarang intervensi.Kelebihan kelahiran dalam air memberikan ibu perasaan relaks terutama apabila berhadapan dengan kontraksi kelahiran. Apabila seorang ibu mahu bersalin, keselesaan adalah keutamaan yang perlu diberi kepada mereka.Berdasarkan kajian, posisi bersalin yang paling baik untuk si ibu ialah dengan bertinggung.

Antara pusat perubatan di Malaysia yang memperkenalkan teknik kelahiran dalam air ini adalah Pusat Perubatan Pantai di Bangsar, Kuala Lumpur. Sebanyak 2 kelahiran telah berjaya disambut setakat ini.
Pakar perbidanan dan kelahiran, Pusat Perubatan Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur Dr. Choong Kuo Hsiang berkata, di Malaysia, kaedah ini tidak begitu diterima rakyat Malaysia memandangkan ia agak bertentangan dengan adat dan budaya sesetengah kaum di negara ini.“Memang ada permintaan untuk kelahiran cara ini di Malaysia tetapi kebanyakan yang memilihnya adalah wanita Inggeris yang menetap di Malaysia kerana mengikut suami bertugas di sini,” jelasnya ketika ditemui di kliniknya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.Justeru, katanya, Pusat Perubatan Pantai telah merasmikan pusat kelahiran air yang pertama di Lembah Klang awal tahun ini. Sejak dari tarikh tersebut sebanyak tiga percubaan melahirkan anak di dalam air, namun hanya dua yang berjaya dilahirkan dengan kaedah ini.Pun begitu, segalanya terpulang kepada pilihan pasangan itu sendiri. Proses kelahiran, sama ada di dalam air mahupun di luar air masing-masing merupakan satu proses yang cukup kompleks. Pastinya terdapat kemungkinan berlakunya komplikasi, dalam mana-mana cara sekalipun.

Cara ini juga telah di pilih oleh Dr Halina Mohd Yunos kerana kaedah ini kurang sakit selain lebih semula jadi..menarik kan???Dr Halina mgambil masa 18 jam untuk melahirkan anak sulung mereka dan melahirkan bayi seberat 3.6kg..