Wednesday, January 18, 2012

Kawan VS sahabat

Bila sudah berjauhan dengan sahabat-sahabat masa belajar dulu. Rasa rindu semakin membuak-buak. Yelah 3 tahun bersama. Banyak perkara yang dilalui bersama. Suka, Duka, Tawa, Riang semua ada. Sekarang semua dah ada kehidupan masing-masing yang baru. Ada yang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, ada yang sedang membina kerjaya, ada yang sedang mencari hala tuju dan bermacam-macam lagi. Setiap mereka, ada jalan yang tersendiri. Begitu juga saya.

Bila berjauhan dengan sahabat-sahabat lama,, muncul pula kawan baru. Biasalah, yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Tapi,, tak semua yang diganti itu sama dengan yang lama. Susah untuk mencari yang sama. Dalam 100, mungkin satu sahaja yang akan sama. Di sini, saya cuma ingin menekankan bahawa, kawan semasa belajar, tak sama dengan waktu kerja sekarang. Siapa sokong dengan statement ni?..hehe

Kalau time belajar dulu,, banyak benda kita boleh berkongsi dengan kawan-kawan. Biasanya, setiap satu persegi kita akan bercerita dengan kawan. Tapi, kawan di alam pekerjaan, tak semua kita boleh berkongsi bersama. Banyak hati yang perlu di jaga. Sukar untuk berterus terang. Kadang-kadang, memendam itu lebih baik dari meluahkan.

Bagi saya,, walau pun dah ada yang baru, saya tetap cari yang lama kerana merekalah yang lebih memahami. Setiap ape yang saya lalui, mereka pasti akan cepat mengetahui. Mereka sangat superb!! Walau apa pun,, tak semua kawan baru tak boleh dijadikan sahabat, cuma ia masih baru. Banyak benda yang masih belum diketahui. Mungkin satu hari nanti persahabatan yang baik akan terjalin.insyaAllah 

rindu sangat2 ngan my geng study...
my classmate...rindu nk kumpul wt jamuan cm dulu..
Sahabat = Sangat memahami
Kawan = hanya dikala suka
~sayang korang sumer~

3 comments:

Amira Fatiha said...

betol tu yunk..kwn perjuangan lain..kwn alm pkerjaan lain..sobsob

♥♥ QaSeH mUrNi ♥♥ said...

sgat rindu kan kwan2 mse zman blaja...GROUP 3/2008 A1...de best!!!

♥♥ QaSeH mUrNi ♥♥ said...
This comment has been removed by the author.