Sunday, March 23, 2014

salam...haiiii...uols buat ape tu??sihat kew...hope korg sihat yer!jg kesihatan tauuuu :)
bulan nie banyak betul dapat jemputan dri kenduri kawen...tp malang nya,semua xdpt pegi sbb "kebizian" yg terlampau dengan keje yg x penah habis..huhu..mcm poyo je kan ayat nie...heheehe..
kepada kawan2 aku yg baru jew melangsungkan mperkahwinan,aku doa kan yg terbaik utk korg..moga bahagia dunia dan akhirat serta jd isteri yg solehah..aminnnn..

bila tengok kwan2 dah kawen,aku pulak ase xcited terlampau...xsabar nak menanti hari bahagia tue...suke aku tengok kombinasi tema2/warna yg dorg pilih..cantik2!sbb tue la buat aku xsabar...hehehehe..
aku pun ade tema sendiri jugak....tapi kan aku perasaan tahun nie ramai sangat yg amik tema purple..hmmm
mgkin tahun nie tahun purple kot...xpela,asalkan masing2 suka dgn tema warna yg d pilih :)

haaa mcm aku nie mmg fenatik dgn purple..ape2 pun mst nak purple..huhuhu..so aku decide tema warna kawen aku nnt purple!!mula2 nak buat purple gelap n cerah..tpiiiii mcm semua purple pulak..nnt muntah purple pulak org yg dtg tue..huhu..so aku pun kombine la purple + grey!! haaa mcm cantik jew,mcm comel jew warna nie..aku pun dh servey design2 pelamin,baju n gubahan hantaran...

contoh gubahan hanataran yg aku nak..mcm dah kene je tema aku nie kan??kan??


aku nak pelamin mcm nie kalau blh..simple jew.. :)

haaaa...baju aku???jeng..jeng..jeng...bak kate ct biar la rahsia..kuikuikui..now belah si dia aku xtau la pelamin mcm mane dorg nak tpi aku lebih suke kan yg simple2 jew..oh yeeee lupe pulak..tema belah si dia peach+cream!warna yg sngat2 cntikkkk..i like it!!! jom tgok antara beberapa pelamin yg simple yg aku dpt google huhuhu..
cntik kan...simple sesangat2.. :)
actually aku x kisah sgt mcm mane dorg nak..yg penting dorg hepi dgn pilihan yang mereka buat..sbb kalau mereka hepi,i pun hepi uols :)

belah lelaki,kami pakai baju kaler cream..baju tu ala2 irma hasmie punya design..hahahaha..bukan alang2.. yang penting skrg nie ialah misi aku untuk turun kan berat badan..opkos la aku nk nampak cantik bile pakai baju sanding tue nnt kan...and nw i dah lost 2kg..alhamdulillah...but need to workout lebih ckit... :)


Thursday, March 20, 2014

let's talk about phobia!!!

haiiiiiii guys!! hari nie tergerak hati nak tulis pasal "fobia"...aku tau,setiap org ade fobia sendiri kan..ada yang mungkin akan memudaratkan diri sendiri..uishhhh!!!mcm takut jew kan...actually aku pun ade "fobia"jugak..huhuhu....

Ailurophobia..haaaa???? ape benda tue????xpenah dengar pun kan...tkalau dlm melayu nye fobia pada kucing..hehehee...aku pun xtau la,nape la aku takut sangat2 kat kucing..aku byangkan kucing tu mcm HARIMAU huhuhu...korang nak tau x sebab ape...meh cni meh nak cite...heheee..
dulu mse aku umur 6@7tahun,aku penahg kene cajkar dgan kucing...hmmm :(
cite nye mcm nie,mase tue aku tengah duduk kat buaian..tetibe nampak la ade 2 ekor kucing tengah bergaduh,niat hati aku nak nak selamat kan lah kucing tue dri bergaduh...(nak jadi hero la konon..huhuhu)
alih2 bile aku nak angkat kucing tu,terus d cakar nyer...haaaaa start dari situ la,aku fobia kucing...kalau pgi kedai mkn,kalau nampak kucing,msti hati aku x tenang...degupan jantung aku laju giler..sbb takut punya pasal...kadang2 tahap imaginasi aku nie terlalu tinggi...yela,aku selalu byg kan kucing tue akan melompat atas aku..hehehehheee...

lagi satu fobia aku ialah fobia dengan BELON...haaa mcm pelik jew kan bunyik nye,,tpi tu la hakikat nyer...
seriusly aku x kan ambik bahagian dlm sukan yg berkaitan dengan belon..huhu..blh demam seminggu...
bukan ape,aku penah kene belon tu pecah kat muka..sakitttttttttt...sebab tu takut! haish!!!mcm mane ade anak nnt..msti aku x kan bgi anak aku main belon..hahahahaa..


fahami psikologi & psychiatric



SKIZOFRENIA (Schizophrenia)

Apakah itu skizofrenia?
Skizofrenia adalah salah satu penyakit otak dan mental yang serius. Perkataan skizofrenia atau schizophrenia hanya kerap digunakan oleh para doktor. Perkataan ini agak asing bagi orang ramai kerana ia jarang digunakan. Orang ramai biasanya menggunakan perkataan seperti “orang gila” , “orang sakit mental” atau "psycho" terhadap pesakit skizofrenia. Namun penggunaan perkataan “gila” dan “sakit” ini adalah kadang-kadang disalah- ertikan kerana penyakit mental sebenarnya ada bermacam jenis dan tidak semuanya adalah skizofrenia.


Apakah tanda-tanda skizofrenia?Tanda-tanda atau simptom penyakit skizofrenia adalah banyak dan kompleks. Tanda-tanda penyakit ini boleh dibahagikan kepada beberapa tanda penting

  • Tanda-tanda positif (positive symptoms)
  • Simptoms negatif (negative symptoms)
  • Gangguan kognitif
  • Gangguan Emosi
  • Lain-lain tanda
TANDA-TANDA POSITIF

Psikosis
Psikosis adalah simptom penting skizofrenia. Pesakit yang mendapat psikosis boleh mengalami delusi (delusion) atau halusinasi (hallucination). Delusi adalah kepercayaan karut yang dipercayai dengan sangat kukuh oleh pesakit walaupun di pertikaikan atau diragui oleh orang lain. Kepercayaan karut ini tidak sejajar dengan budaya, agama, masyarakat , keadaan sosial sekeliling dan ilmu pengetahuan yang ada pada pesakit. Terdapat banyak jenis delusi. Contohnya:

Delusi paranoid (paranoid or persecutory delusion) : Mempercayai bahawa terdapat orang lain, kumpulan atau organisasi yang cuba untuk menganiaya , mencederakan, mendatangkan kemudaratan atau membunuh pesakit tersebut. Contohnya; percaya bahawa orang gaji telah memasukkan racun ke dalam makanan atau percaya bahawa majikan dan orang atas memasang perangkap untuk menjatuhkan maruah pesakit dan mengancam kedudukan jawatan pesakit .

Delusi kawalan ( delusion of control) : Mempercayai bahawa perbuatan , kemahuan dan perasaan menjadi pasif dan hanya dikawal oleh kuasa dari luar tanpa kehendak diri sendiri. Contohnya; tangan pesakit menumbuk seseorang kerana di paksa oleh kuasa lain tanpa kawalan dan kehendak dirinya sendiri, merasai makhluk telah masuk ke dalam badan dan memaksa membunuh anak

Delusi pelik (bizarre delusion): Mempercayai dengan kukuh sesuatu yang pelik. Contohnya; percaya bahawa malaikat telah datang menyerang bumi dan syaitan akan datang menyerang pula bumi setelah kematian jin.

Delusi grandiose (grandiose delusion): Mempercayai bahawa dirinya mempunyai kelebihan tersendiri yang melampaui orang lain di dunia ini. Contohnya; percaya bahawa dirinya adalah nabi yang turun untuk menyelamatkan dunia ini, percaya bahawa dirinya boleh berkomunikasi dengan tuhan, percaya bahawa dirinya boleh mencipta kenderaan untuk sampai ke bulan dengan sekelip mata, percaya bahawa dirinya raja memerintah dan banyak lagi.

Delusi nihilistik (nihilistic delusion): Mempercayai bahawa diri sendiri atau sebahagian daripada tubuh badan sudah tidak wujud lagi atau mempercayai bahawa dunia sudah tidak wujud lagi. Contohnya percaya bahawa darah tidak mengalir lagi dalam tubuhnya.

Delusi merujuk (delusion of reference); Mempercayai bahawa orang lain di sekeliling bercakap mengenai dirinya. Contonya; percaya bahawa jiran bersembang mengenai dirinya, percaya bahawa televisyen menyiarkan cerita mengenainya.

Terdapat banyak lagi contoh –contoh delusi dan perlu diingat, kepercayaan yang ada pada pesakit itu hanyalah kepercayaan karut yang tidak sebenarnya berlaku tetapi kepercayaan ini sangat kukuh dipercayai oleh pesakit walaupun beliau cuba di cabar.

Deria yang normal memerlukan stimulus yang dikesan oleh organ deria dan diinterpretasi oleh otak. Halusinasi berlaku apabila tiada stimulus dikesan oleh organ deria tetapi otak menginterpretasi sehinggakan stimulus dirasa seperti wujud oleh pesakit. Contohnya;

Halusinasi pendengaran (auditory hallucination); pesakit mendengar suara-suara atau bunyi walaupun orang lain tidak dapat mendengar.
Second person auditory hallucination berlaku apabila pesakit mendengar suara ghaib yang bercakap dengan mereka dan biasanya menyuruh pesakit melkukan sesuatu. Contohnya; pesakit dengar “ awak bunuh sahaja budak itu kerana ia dajal’, “awak bodoh”.
Third person auditory hallucination berlaku apabila pesakit mendengar banyak suara yang bersembang di antara mereka mengenai pesakit. Contohnya; pesakit dengar jin bercakap dengan hantu “ dia itu (pesakit) memang tidak berguna langsung”.
Running commentary berlaku apabila pesakit mendengar suara yang terus mengkritik setiap perbuatanya, contohnya; “ dia sedang makan , dia bangun darin kerusi , terus lari”
Thought echo berlaku apabila pesakit mendengar otaknya sendiri bercakap dengan kuat apabila berfikir.

Halusinasi penglihatan ( visual hallucination ) berlaku apabila pesakit dapat melihat sesuatu dengan jelas tanpa dapat dilihat oleh orang lain, contohnya, pesakit dapat melihat malaikat datang menghampiri mereka. Ini perlu dibezakan dengan illusi di mana stimulus telah dikesan oleh pesakit tetapi diinterpretasi secara salah oleh otak, contohnya; pesakit melihat ular berlingkar tetapi sebenarnya adalah ikatan tali.

Terdapat juga halusinasi lain seperti halusinasi somatik atau halusinasi taktil di mana pesakit merasa seperti terdapat sesuatu bergerak atau merasa kesakitan pada badan, halusinasi bau di mana pesakit dapat menghidu sesuatu tanpa orang lain dapat menghidunya dan halusinsi rasa

Pertuturan Merapu (disorganized speech)Masalah pertuturan pesakit skizofrenia berlaku dalam banyak jenis bergantung kepada keadaan penyakit tersebut. Kebanyakan pesakit skizofrenia boleh bertutur secara normal dan menjawab soalan dengan baik. Mereka juga boleh menjawab soalan tetapi jawapan yang diberi tidak berkaitan (irrelevant) dengan soalan walaupun bahasa yang disampaikan difahami. Mereka juga boleh menjawab soalan tetapi tidak sepatah pun bahasa yang difahami (incoherent). Di bawah diberi contoh perbualan pesakit dengan doctor untuk menggambarkan psikopatologi yang dinyatakan:

Doktor: Siapa yang beri kamu duit?
Pesakit: Ke mana-mana saya nak pergi tidak siapa peduli saya. (irrelevant speech)

Doktor: Siapa beri kamu duit?
Pesakit: Bambu telinga kejar apa lagi (incoherent speech)
Pesakit juga boleh dilihat oleh orang lain bercakap seorang diri kerana mereka respons terhadap halusinasi suara ghaib yang didengar.
Terdapat juga sesetengah pesakit yang tidak langsung mahu bercakap sepatah jawapan pun ( mute) atau bercakap sepatah dua sahaja ( poverty of speech) dan sesetengahnya banyak pula bercakap ( pressure of speech). Ada pesakit yang mengikut sahaja apa-apa sahaja yang ditanya kepada mereka (echo lalia). Sesetengah pesakit menjawab soalan dengan baik dan terdapat juga yang menjerit-jerit dan meninggikan suara semasa menjawab soalan.

Tingkahlaku dan Perbuatan Pelik (Disorganized Movement)
Di antara tingkahlaku pelik yang dilakukan oleh pesakit skizofrenia adalah:
Mannerism : Perbuatan pelik yang dilakukan oleh pesakit seolah-olah mempunyai satu tujuan. contohnya, menepuk-nepuk tangan, bersalaman secara tiba-tiba
Streotypy: Perbuatan pelik berulangan yang dilakukan oleh pesakit tanpa tujuan contohnya menggoyang-goyangkan tangan tanpa tujuan , melambai - lambai dll.
Catatonia: (Catatonic rigidity) mengeraskan badan dengan sengaja dan tidak membenarkan orang lain menggerakkan badan, ( catatonic stupor) pergerakan badan yang terlalu perlahan seolah-olah tidak berinteraksi dengan rangsangan luar, (catatonic posture) postur badan yang pelik dan pesakit dapat bertahan dengan lama dalam postur tersebut, ( waxy flexibilty) postur badan pesakit yang dapat dibentuk oleh orang lain dan pesakit bertahan dengan postur itu dalam jangkamasa yang lama.
Psychomotor Agitation: terlalu banyak pergerakan kerana keresahan jiwa dan pergerakan tidak produktif tanpa tujuan.
Echopraxia: mengikut perbuatan orang lain

TANDA-TANDA NEGATIF SKIZOFRENIA
tanda-tanda negatif skizofrenia biasanya melibatkan fungsi dan aktiviti pesakit terjejas. Mereka yang mempunyai tanda ini bersikap malas,tidak mahu bercakap, tiada motivasi, tidak mahu bergerak atau membuat kerja dan seolah-olah tidak mempunyai perasaan.:

Alogia (a-LO-jee-a) and poverty of speech: bercakap dengan sedikit , pertuturan tidak mempunyai isi dan perkara penting , dan mengambil masa yang lama menyambung perkataan dan ayat yang dipertuturkan seolah-olah pertuturan terhalang .
Flattening or blunting of affect: Terlalu kurang ekspressi muka. Mereka tidak senyum ketika gembira atau mengerutkan dahi ketika sedih. Mereka tiada hubungan emosi dengan orang yang bercakap dengannya, seolah-olah anda bercakap dengan robot.
Avolition and anhedonia: Hilang minat dan tenaga untuk melakukan perkara yang biasa mereka lakukan.
GANGGUAN EMOSI

Pesakit skizofrenia juga boleh mendapat kemurungan (RUJUK KEMURUNGAN) dan episod mania ( RUJUK BIPOLAR DISOERDER), Maka sejarah penyakit perlulah tepat untuk mendapat diagnosis yang tepat kerana rawatan yang tepat perlu diberikan.

Emosi pesakit skizofrenia juga boleh bercelaru dan tidak sejajar dengan apa yang mereka fikirkan ( the affect is not congruent to the thought) . Contohnya: Fikiran pesakit penuh dengan kesedihan tetapi beliau menyanyi kegembiraan.
Kadar bunuh diri pesakit skizofrenia adalah tinggi (10%). Ia boleh berlaku kerana mereka mempunyai kemurungan melampau dan psikosis yang menyuruh mereka membunuh diri.

GANGGUAN KOGNITIF

Pesakit skizofrenia boleh mendapat gangguan kognitif yang menyebabkan mereka mempunyai IQ yang lebih rendah. Mereka tidak dapat membuat keputusan dengan baik, kurang penumpuan danmemori yang kurang baik

GANGGUAN LAIN
Pesakit skizofrenia dikaitkan juga dengan tingkah laku agresif. Tetapi perlu diingat pesakit skizofrenia bukanlah lebih merbahaya daripada orang normal. Kadar jenayah keganasan dilakukan oleh mereka yang mengidap ketagihan alkoho atau dadah, masalah personaliti dan mereka yang tidak mempunyai sakit mental berbanding kadar jenayah yang dilakukan oleh pesakit skizofrenia.

Sunday, March 16, 2014

assalamualaikum...haiiii uols!!
kabare???hehehe ngomong jowo pulak... dah lame betul aku x update kt blog nie...mak aihhhh!!!dah berhabuk n bersarang lipas dh nie..silap2 ade tikus sekali ....haaaa....tikus???jgn2..bahaya nie..nnt dpt leptospirosis...di sebab kan dh lame aku x tulis dekat sini,so hri nie saje2 jew jari2 aku yg cantik nie gatal nak menaipppp...huhuhu...actually,aku bru jew hbs nite shift  and baru balik dri meting yg "agak" bosangggg!!!huhuhu...nak tidor ,ata x mengantuk lagi...haaaa..before aku lupa,jom same2 kita doakan untuk MH370..moga2 mereka semua selamat and pencarian kita berakhir dgan cepat...insyaAllah...hanya Allah jew yg mgetahui..

 uols tau x....skrg nie i tgah menghitung hari dan detik untuk menuju hari bahagiaaa..moga2 dipermudahkan segala nya...mcm xpercaya pun ada jugak sbb dh nak jdi isteri org kan...kadng2 terpikir jugak,dah sedia kew aku nak pegang tangungjawab sebagai seorg isteri???insyaAllah aku berusaha untuk menjadi seorg isteri yang solehah!! banyak jugak lagi persiapan yg xbuat..hmmmm...nak kawen nie bukan mudah,banyak nak paki duit kan..so ape yg patut kite jimat,baik kita jimat..jagahn nanti buat kenduri besar2,lepas kawen xde duit pulak nak mkn... yg penting kami selamat d nikah kan... **feeling excited**

yeahhhh!!!next week balik kg,pg fitting baju....hmmm...xsabar nyer..tpiiiiiii cuti xtau lulus ke x..huhuhu...
hopefully approve la yer...ok la,badan pun dh penat,mata pun dh ngantokkkk...tidur dulu yer :)..daaaaa!!!nnt jumpa lgi :)

Sunday, June 23, 2013

assalamualaikum...jom kite same2 hayati Malam Nisfu Syaban :)

Malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban 1434 Hijrah) jatuh ketika masuknya waktu MAGHRIB pada hari AHAD (mlm Isnin) 23 Jun 2013.

Pada mlm Nisfu Syaaban,buku catatan amalan akan dibawa naik oleh Malaikat utk ditukar dgn lembaran amalan yg baru setelah setahun berlalu.

Mlm Nisfu Syaaban merupakan mlm yg penuh berkat & rahmat selepas mlm Lailatul Qadar.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia.

Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi tidak tidur pada mlm itu. "Rasulullah SAW telah bangun pada mlm (Nisfu Syaaban) & bersolat & sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW & bergerak. Kemudian aku kembali & aku dgr Baginda berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu drpd apa yg akan diturunkan & aku pohonkan keredhaanMu drpd kemurkaanMu & aku berlindung kpdMu drpdMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”

Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah; Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”

Sesetengah ulama berpendapat, pada malam itulah ditukar dan ditentukan umur dan rezeki umat manusia. Teruskanlah membuat amal kebaikan, kerana selepas 15 Syaaban, maka bermulalah rekod amalan baru bagi setiap hamba.

AMALAN MALAM NISFU SYAABAN

Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon:
- bacaan 1 : Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
- bacaan ke 2 : Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
- Bacaan ke 3 : Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.

PERBANYAKKAN ISTIGHFAR
Lafazkan "astaghfirullahal'azhim (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil

PERBANYAKKAN SOLAT-SOLAT SUNAT
seperti :
- Solat Sunat Dhuha
- Solat Sunat Rawatib
- Solat Sunat Tahajud
- Solat Sunat Tasbih
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Witir.
Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.”

MEMBACA AL QURAN
MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH
PERBANYAKKAN SELAWAT & BERDOA

PERBANYAKKAN TASBIH,TAHMID,TAHLIL,TAKBIR
Ucap subhanallah alhamdulillah lailahaillallah allahuakbar
Fadilat : setiap satunya akan ditulis baginya 20 kebajikan dan digugurkan daripadanya 20 kejahatan.

Maka, sewajarnya kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci, mudah-mudahan kita semua diampunkan.wasalam :)
assalamualaikum..haiii!!!dah lame x meng"update"kat cni kan..bz ler kate kan..kuikuikui...bz la sngat kan... sedar x sedar now dah msuk ptengahan thun 2013 dah... xlame lagi dah nak start puase :)
jom same2 kite m,hitung hari untuk myambut ramadan al mubarak..lebih kurang 15hari lg...semoga kita semua di beri ksempatan untuk menyambut bulan ramadan thun nie bersama dgan keluarga serta org tersayang! ^_^ ..org tersayang???hehehe..alhamdulillah..end of may hari tue,aku dh selamat menjadi tunang kepada en fikri isa...alhamdulillah..syukur sgat3..tp org ckp time bertunang nie byak dugaan nyer..hope kami dapat harungi segala ujian n dugaan dgn penuh kesabaran...Now bile dah jdi tunang org nie kene la jaga batas2 pergaulan...xblh bebas berkawan mcm time single mingle dulu..hehehe... pape pon doa kan yg terbaik untuk kami :)

with my lovely family n niece :)

with en tunang :)

my mother in law :)
Diantara hikmah bertunang adalah :-
a. membolehkan pasangan yang bertunang itu mengenali diantara satu sama lain,
b. ia merupakan cari untuk menilai akhlak, budi pekerti dan minat masing-masing
c. mencari titik-titik persefahaman antara pasangan

 SeKiaN,WaSaLaM

Tuesday, August 14, 2012

~kenangan terindah with his family~

11/8/2012 kenangan berbuke with his family and makcho family :) 

thanks sgat2 kat his mum sbb blanje me tdung bawal..nice!and to his father because blnjer mkn....hope dpt mcm ni lg..insyaallah