Friday, December 9, 2011

semusim bersama ikatan selama nyer

seriusly!!i reali miz this moment damn much ....

with my classmate >.<  



with aten liyana,intan,arip hafizi n aten dilla :))

memory with faizal!!thanks sbb dtg hari bsejarah sy :))
 reali appreciate!!>.<

03.10.2011~~dpt result LJM alhamdulillah lulus :))

last day @SEGi UC 11.11.11 mkan2 @ secret recipe >.<

celebrate besday zharif @bintang sidewalk

with my BFF forever

last majlis berbuka puase with my classmate...

~~banyak lgi knangan yg sy rindu~~

Thursday, December 8, 2011

HYPNOBIRTHING

assalamualaikum..hii..malam nie saya nak share sumthing yg baru..pada sy ini benda baru yg sy tau,,,korg xtau la penah dgar ke x...mgkin antara korg penah baca artikel ttg kaedah bersalin dalam air atau di pgil HYPNOBIRTHING...sbb kedah nie kurang mdapat smbutan d malaysia...yg dah tau or yg penah baca 2,xsalah kan if korg baca skali lg :))spanjang jadi student nurse pon saya x penah dgar kaedah HYPNOBIRTHING nie..saya dapat tahu cara nie pon melalui rancangan WANITA HARI INI..rase macam menarik,so saya terus mencari maklumat tentang HYPNOBIRTHING nie..jom kite baca same2 :))

 Sejarah kelahiran bayi di dalam air ini, ia bermula pada tahun 1960-an apabila seorang penyelidik dari Rusia, Igor Charkovsky melakukan kajian tentang kebaikan kelahiran di dalam air. Pada penghujung tahun tersebut, seorang pakar perbidanan dari Perancis, Frederick Leboyer mencuba kaedah kelahiran dalam air untuk membiasakan bayi yang sebelum ini berada dalam uri.Seorang lagi pakar perbidanan Perancis, Michel Odent, menambah baikkan lagi kajian Leboyer dengan menggunakan kolam bersalin sebagai salah satu cara mengurangkan rasa sakit bersalin. Odent juga mengkaji kebaikan bayi yang dilahirkan dalam air dan pada penghujung tahun 1990, ribuan bakal ibu telah memilih untuk bersalin di Pusat Bersalin Odent di Pithivier dan sejak itu, kaedah bersalin di dalam air mula digemari.Kini, kaedah bersalin di dalam air menjadi satu perkara yang biasa di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Ramai yang mempraktikkan kaedah ini mengakui bersalin dalam air lebih merehatkan dan umpama spa yang memberi kelegaan serta ketenangan fikiran.

Tetapi Di Malaysia, kaedah ini tidak begitu diterima rakyat Malaysia memandangkan ia agak bertentangan dengan adat dan budaya sesetengah kaum di negara ini.

Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas. Kondisi seorang ibu pula mestilah sihat, tidak mempunyai penyakit lain sepertitekanan darah tinggi atau kencing manis.Ibu juga bebas untuk memilih cara paling selesa untuk bersalin dan tubuh mereka akan berasa ringan kerana apungan air. Jadi mereka boleh bertinggung, melutut dan sebagainya mengikut keselesaan mereka ketika waktu bersalin. Malah, suami juga boleh turut sama berada di dalam kolam untuk memberi sokongan kepada si isteri.

Apabila bercakap tentang kelahiran di dalam air, ramai yang menggeleng kepala kerana membayangkan risiko bayi akan lemas di di dalam air selepas dilahirkan.Ramai yang bertanggapan bahawa kemungkinan bayi yang dilahirkan akan lemas di dalam air. Tanggapan tersebut salah kerana bayi yang baru dilahirkan tidak akan bernafas untuk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor.
Bagi yang menganggap geli kerana kolam akan berlumuran darah juga perlu membetulkan tanggapan tersebut kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja. Air di dalam kolam bersalin akan bersih sahaja dan uri ibu biasanya akan dikeluarkan oleh bidan atau doktor selepas dia keluar dari kolam.

Kelahiran dalam air sebenarnya adalah salah satu alternatif tambahan bagi ibu yang tidak mahu menggunakan sebarang intervensi.Kelebihan kelahiran dalam air memberikan ibu perasaan relaks terutama apabila berhadapan dengan kontraksi kelahiran. Apabila seorang ibu mahu bersalin, keselesaan adalah keutamaan yang perlu diberi kepada mereka.Berdasarkan kajian, posisi bersalin yang paling baik untuk si ibu ialah dengan bertinggung.

Antara pusat perubatan di Malaysia yang memperkenalkan teknik kelahiran dalam air ini adalah Pusat Perubatan Pantai di Bangsar, Kuala Lumpur. Sebanyak 2 kelahiran telah berjaya disambut setakat ini.
Pakar perbidanan dan kelahiran, Pusat Perubatan Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur Dr. Choong Kuo Hsiang berkata, di Malaysia, kaedah ini tidak begitu diterima rakyat Malaysia memandangkan ia agak bertentangan dengan adat dan budaya sesetengah kaum di negara ini.“Memang ada permintaan untuk kelahiran cara ini di Malaysia tetapi kebanyakan yang memilihnya adalah wanita Inggeris yang menetap di Malaysia kerana mengikut suami bertugas di sini,” jelasnya ketika ditemui di kliniknya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.Justeru, katanya, Pusat Perubatan Pantai telah merasmikan pusat kelahiran air yang pertama di Lembah Klang awal tahun ini. Sejak dari tarikh tersebut sebanyak tiga percubaan melahirkan anak di dalam air, namun hanya dua yang berjaya dilahirkan dengan kaedah ini.Pun begitu, segalanya terpulang kepada pilihan pasangan itu sendiri. Proses kelahiran, sama ada di dalam air mahupun di luar air masing-masing merupakan satu proses yang cukup kompleks. Pastinya terdapat kemungkinan berlakunya komplikasi, dalam mana-mana cara sekalipun.

Cara ini juga telah di pilih oleh Dr Halina Mohd Yunos kerana kaedah ini kurang sakit selain lebih semula jadi..menarik kan???Dr Halina mgambil masa 18 jam untuk melahirkan anak sulung mereka dan melahirkan bayi seberat 3.6kg..


Saturday, December 3, 2011

__tentang "dia"__

assalamualaikum....petang2 yg sangat bosan nie,mbuat kan sy rase rajin sgat2 nk update blog yang x bp nak cantik nie..huhuhu...actually ptg nie aku nk citer pasal sorg budak nie...hahahaha..xde keje kan aku nie..nk update pasal org len :))
xpela,xkan la nk update pasal dri sendri jew..t jemu lak org nak bce..btul x??huhuhu..skali skala xpe,tulis pasal org len dlm blog nie...hohoho ni :))
ok!lets we start the story..cewahhh...xcited sgat!hohoho...aku nak citer ckit pasal sorg insan nie..yg d beri nama FIKRI ISA..tue nama die dlm FB ler...fullname die xtau lak name ape..huhuhu..die nie dak IPOH..umo nyer 24thun...(da tua pon)huhuhu...ops!!!awk jgn marah ek..grau je :))
die nie keje bawak keta api...hahaha..hebat kan???:))
xdela..die keje TECHNICIAN KT ktm ipoh..actually aku pon xtau keje technician nie cmner...sebut jew pandai..huhuhu :))

kisah perkenalan kami...haaa...xdela best sgat pon...huhu..kami kenal dlm FB je kot...mase tue dia add aku kt fb...then aku pon accept la..mase tue aku xtau lak die ne kwan kpada mber aku..Faizal...huhuhu..29 ogos 2011..tarikh kami jd kawan..hahahaha...:p
pas2 bile da jadi kawan kt fb,kami selalu la chat..die rajin anta chat kt aku..dgan ayat "salam..pe buat"...huhu..:))
agak lama gak la kami chat dlm fb..then tbe 1 hari tue,kami tukar num tpon..:))
penah dia ajak aku jmpe..tp masa tue aku malu n segan nk jumpa dia sorg...so aku terpakse bg pelbagai alasan utk mgelak..maaf ek awk..huhu..dekat 3 bulan kami kwan,then kami decide nk jmpe...sbb masa tue aku pikir,aku da nk hbis study so bile lgi nk jmpe dia kan :))
1st date???huhu...clap2 1st kami jmpa masa tue kat KLCC...13/11/2011...
prasaan masa tue,hanya Tuhan je yg tau..segan n malu yg tramat sangat..sbb aku nie jenis yg jarang sangat kuar ngan llaki...huhu...mase tue dia ajak tgok wayang citer alamak toyol...before tgok citer tue,die blnjer aku makan mcd..tp aku x mkan pon sbb segan..so aku bg alasan kat die aku dah kenyang..dah mkn sebelum kuar umah...huhu..tp ksian kat die.sbb die pon xmakn jugak beger tue...sori sgat3 tau awk..sbb tipu..ckpa sy da kenyag..sbenar nyer sy lapar giler mase tue..huhuhu...

oh yer..lupe nk ucap "thanks"kt awk sbb blnjer tgok wayang n makn hari tue..:))
saya tgok awk cm pemalu jew ase jmpe hri tue..tp bile da knal,xde pemalu pon..lawak adlah..huhu...ok la..xtau da nk citer ape lagi pasal die...pape pon,saya harap persahabatan kita nie xputus ler tgah jalan yer :))
suker kawan ngan awk..sbb awk nie lawak!!!hahaha...hope awk pon suker kwan ngan saya :))

Add caption
haaa..nie la gambar kami..mase nie kami kt klcc..menunggu nk tgok wayang :))

haaa..nie la teddy bear yg die bagi..comel kn :))

and last...lagu nie best sgat kan..kena x ngan kisah kami???hahahah
tp kami kawan jew tau...:))
btol x awk???huhuhu

hope awk suker ngan karangan yg ntah pape dari saya nie :))

Friday, December 2, 2011

ini la s@y@


nie name nye gambar gedik...huhuhu
sebelum pegi shoping therapy :))

10 ciri wanita perlu hindari__

1. Wanita Feminis
Wanita yang tersenarai dalam golongan ini beranggapan bahwa seglanya penyakit dalam masyarakat berpunca dari lelaki dan mereka mendabik dada kononya wanita adalah makhluk paling mulia. wanita yang mempunyai nalusri seperti ini selalu ebrfantasi dan memberi layanan yang cukup buruk kepada lelaki. kamu boleh cuba untuk mengenali wanita jenis ini dengan mudah melalui sifat anti lelakinya yang tidak berkesudahan.

2. Pengikis / Pisau Cukur
Diri mereka dan mereka seolah-olah tidak pernah rasa bersalah mengikis harta benda lelaki. mereka di saluti emas, jadi lelaki perlu membayar harga yang setimpal dengannya.

3. Berangan
Kelompok wanita jenis ini hidup dalam dunia penuh fantasi dan angan-angan seperti dalam layar perak atau cerita dongeng. Setiap malam mereka akan menghabiskan masa membaca novel atau menonton filem dan berkhayal atau berangan mengenainya. Kadang kadang imaginasi. mereka tidak berpijak di bumi nyata. mereka mahi di layan seperti seorang puteri raja dan di belai manja persis seekor kucing parsi sepanjang masa

4. Wanita ilusi
Golongan ini hampir sama dengan wanita yang suka berangan tetapi dalam sudut lebih gelap. Mereka ini seperti mayat hidup iaiti seseorang yang pernah terluka pada masa silam dan cuba melalukan sesutau untuk membalas dendam serta sabotaj perhubungan masa kini. perhubungan kamu dan wanita ini akan menjadi satu tragedi kerana pada mulanya dia akan menunjukkan minat yang membuak-buak tetapi dalam masa yang singkat dia boleh lenyap begitu sahaja dan cinta ini akan berulang dan terus berulang.

5. Rasa Hebat
Sama mcm wanita feminis, wanita jenis ini juga tidak sukakan lelaki. Mereke mengeji golongan lelaki dan sentiasa menyalahkan lelaki dalam segenap perkara. bagi wanita perasan bagus, tidak ada satu pun perkara yang baik mengenai lelaki. teruk, kejam, tak berhati perut dan perosak makhluk, itulah andaian mereka. Perasaan mereka sentiasa mendidih terhadap lelaki dan kemarahan mereka boleh diibaratkan seperti letusan gunung berapi.

6. Keliru
Pada permulaannya semua kelihatan cukup sempurna dan wanita ini mampu melayan lelaki dengan cukup baik. tetapi kebimbangan dalamnnya lambat laun pasti akan terserlah. lama-kelamaan dia akan menelefon kamu 10 kali sehari bertanya soalan yang remeh-temeh mengenai hubungan kamu berdua. Mereka sentiasa ragu0ragu dengan penempulan dan daya penarik tersendiri yang di miliki. Dia selalu bimbang kamu akan angkat kaki dan mencari wanita yang lebih daripadanya.

7. Desperate
Matlamat wanita golongan ini hanya satu iaitu berkahwin dan mahukan seks. Dia tidak kisah jenis lelaki dan apa perkerjaannya, asalkan apa yang mereka mahukan dapat dipenuhi segera.

8. Wanita tamak haloba
Wanita ini penuh dengan helah dan tipu muslihat. pada awalnya dia hanya mengikut apa sahaja permintaan dan syart kamu. Namun apabila hubungan antara kamu sudah terlalu intim ataupun apabila kamu sudah berkahwin dengannya. barulah taringnya mula keluar. Dia menjadi begitu tamak haloba dan dia akan cuba membolot harta kamu dengan apa cara sekalipun.

9. Penggoda
Biasanya kamu boleh mengesan wanita jenis ini dari jauh lagi kerana dia akan cuba memikat kamu dengan apa cara sekalipun termasuk menggunakan unsur seksual. Biasanya sasaran mereka adalah warga emas. lelaki gatal dan ada kalanya mereka menggunakan keseksian mereka untuk memancing lelaki seperti lebah menghurung madu.

10.Queen Control
Wanita ini akan menjajah setiap inci kehidupan kamu. DIa akan tentukan apa yang akan kamu pakai, makan. kemana perlu pergi dan segala-galanya. Dan apabila kamu cuba pertahankan hak kamu, dia akan mula menangis, meraung, mencebik atau menggunakan segala taktik wanita sehingga kamu mengalah dan menurut kehendaknya.

__8 Petanda Dia Adalah Jodoh Kamu__


Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?
Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Picture by : Amizi Majid


Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu…

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!
Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?

Thursday, December 1, 2011

::segenggam tabah::

Bertali arus dugaan tiba Menakung sebak airmata Namun tak pernah pun setitis Gugur berderai di pipi... Tidak ditempah hidup sengsara Suratan nasib yang melanda Menongkah badai bergelora Diredah bersendirian... Bagaikan camar pulang senja Patah sayapnya tetap terbang jua Sekadar secicip rezeki Buat yang sedang rindu menanti... Segenggam tabah dipertahankan Buat bekalan di perjalanan Kau bebat luka yang berdarah Kau balut hati yang calar... Telah tertulis suratan nasibmu Derita buatmu ada hikmahnya Terlukis senyum di bibir lesu Tak siapa tahu hatimu... Biarpun keruh air di hulu Mungkinkah jernih di muara Biarpun jenuh hidup dipalu Pasti bertemu tenangnya...

__Nuralya Batrisya__

Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya
diperpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama & alamat seorang gadis di salah satu muka surat novel tersebut.

Tertulis disitu "Nuralya Batrisyia...kesepian & perlukan sahabat". Tergerak hati si jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu lalu menulis sepucuk surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis tersebut. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat kirimanbalas daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka. Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan.

Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati. Sehingga suatu hari, si jejaka dipanggil demi tugasnya sebagai anggota tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu lagi dengan si gadis.

Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi
"Andai Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpa di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku."


Maka pergi lah si jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu... Beberapa bulan kemudian... Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangannya. Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga.

Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi kulit bersopak dan duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling. Dua kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah, sebelah matanya buta... sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah... Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis.

"Nuralya Batrisyia?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan sambil tersenyum.

Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata
"Aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.."

Si gadis itu terus bersuara..
"Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu di kerusi hujung restoran dekat stesen keretapi ini."

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janji nya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah NURALYA BATRISYIA... Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia...

Monday, November 21, 2011

**kehilangan insan tersayang**

salam..n selamat ptg!!
dh lame x update blog nie kan..dah bersawang dh...
huhu..today nk citer pasal kehilangan...
aku baru jew kehilangan anak sedara yg bakal lahir
pada januari depan...
aku n seluruh family redha jew dgan pemergian bakal cucu
1st kami...hanya allah yg lebih mgetahui nyer..sesungguh nya ape yg berlaku
ad hikmah nyer...

muhammad firdaus izafri b hazrif..17.11.2011
cik muni akan ingat name n tarikh ni sampai bila2...
walaupun cik muni x penah pgang n tgok firdaus,
tp cik muni ttp sayang firdaus...

semoga firdaus bahagia d sana n d tempat kan dkalangan ahli syurga..

Tuesday, October 11, 2011

!!!seriously!!!i really miss him damn much!!!dont know why..always thinking about him...
hummmm......~~semoga Allah kuat kan semangat aku nie n semoga aku dapat lalui hari2 aku dgan tenang..amin~~

~2nd DAy @hospital batu pahat~

assalamualaikum....hiii camat malam cumer :)
tonite,i super penat!ward hari nie bz giler....
today i jaga cubical 2...with mira,sam n bella :)

today i've 33 patient...n at my cubical got 17 patient...
1st when i coming into the ward,staff nurse called me to help her
take patient from xray department...then after dat,i amek observation n
take GM for 3 patient...1 of my patient need to give s/c injection bcause the reading
was 24.1...then staff nurse ask me to give s/c antrapic 14 unit....
after dat,i change the drip from antibiotik to normal saline....
after finish all diz work,staff nurse ask me to insert CBD n do the bladder irrigation for diz patient..
i done my work with supervise by our clinical instructor...after dat,i do the skin prepared for patient to go operation 2morrow for Lt totally replacement....
i also help my frenz to closed intake n output chart..n assissting my junior giving feeding to patient had NG tube...n also help my frenz change pampers...

today i ada pelbagai experience yg sgat melucu kan...pape pon,ward hr nie mmg padat n bz..
enjoy sgt keje cnie sbb staff nurse n doctor bek2 sumer nyer... k la mata pon da ngantuk...
t ape2 t i update lg ek..babaiiiii..nite alll :)


Saturday, October 8, 2011

Batu pahat owh batu pahat :)

assalamualaikum....hiiiii
petang nie nk tulis tentang BATU PAHAT!!!
alhamdulillah..selamat sampai jam 2.30 ptg...
mula nya mmg brat hati nie nk tgal kan COVA...
tp demi utk x buang masa duk at kolej,aku ttp
pergi..cewah!!ayt xleh blah der...huhuhu

pjalanan kami mgambil mase hampir 5jam..
setelah sesat beberapa kali akhir nyer sampai jugak..
kt cnie kami mginap d TAMAN FLORA...
umah kt cni selesa jugak la..ada 4 bilik...
aku 1 bilik with wana,ayu,kak umi ,mira n lia...
msing2 sumer kepenatan n merehat kan diri...
petang nie kami dah mula nk jalan2..huhuhu..
nak tau g mane????hahahaha....
kami nk g pasar malam jew kot :)
cari mknan utk d mkn mlm nie :)
k la,aku pun xtau nk merepek ape lagi...

tunggu next post dari aku k....
papaiiiiii...

Wednesday, October 5, 2011

::SAYANG NYA ALLAH PADA PEREMPUAN :)



Siapa kata jadi perempuan tu SENANG
Nak kena tutup sana, tutup sini
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
Perempuan, stoking pon kena pakai
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
Komfem x tahan bertutup semua
Tapi, perempuan cool jek
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan
Siapa kata jadi perempuan tu senang
Tiap2 bulan, mesti ada penyakit
Nak pergi kelas pon susah
Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit
Cuba tengok budak lelaki , selamber jek
Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek
Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

Hebat kan perempuan
Siapa kata jadi perempuan tu senang
Hati ni Allah jadikan lembut betul
Cepat jek sensitif
Cuba tengok orang putus cinta
Selalu perempuan yg paling susah nak lupa
Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
Siapa yg paling teruk menangis
Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
Lembut tak lembut hati perempuan
Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
Hebat tak perempuan?
Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah
Diorang cakap, Allah x adil
Kenapa Allah lebihkan lelaki
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan
Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel
Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'
Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati
Kesian kan kat diorang
Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil
Persoalannya sekarang
Betul ke Allah x adil dengan perempuan
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya
Betul, isteri kena ikut cakap suami
Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
X adil lagikah Allah pada perempuan
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
MashaAllah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat
Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
Banyak lagu pasal perempuan kan
Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia
Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...
Orang akan cakap:
Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
Kita x pernah dengar orang cakap:
Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu
Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

X adil lagikah Allah dekat perempuan
Oh perempuan, sedarlah
Betapa sayangnya Allah dekat kita
Betapa cintanya Allah dekat kita
Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan
Sekadar perkongsian bersama

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi.. :))

~~alhamdulillah,syukur sangat ^_^

assalamualaikum...hiii
malam nie sy nk citer pasal result LJM..
alhamdulillah..syukur sgat2....berkat
doa kedua ibu bapa n usaha selama nie,
akhir nyer sy berjaya dpt kan "lesen RN'
perasaan masa tue,hanya Allah jew yg tau!
sedih,gembira,bangga sumer nyer ad la!
dpat jew result, terus call ma n abah...
untuk bgtau brite gembira nie :)

tpi,simpati jugak la kat kwan2 yg
kurang bnasib baik!ape2 pun korg jgn cepat
putus asa k...setiap Ujian yg dtg ad hikmah
d sebalik nya..Allah sentiase mguji hamba nya
walau dlm keadaan ape pun sekali...
gagal sekali x bmakne korg gagal selama nyer!
yg penting jgn putus asa n trus kan usaha..
insyaAllah,korg akn berjaya :)

k la,xtau nk citer ape lgi...
t melalut ke lain lak..huhuhu
haaa..kt bwah nie ad pict saat2 kgembiraan kami
selepas amik result :)


~~keriangan d wajah masing2 selepas amek result :)
saya akn merindui saat nie...


Sunday, October 2, 2011

~~cinta tak memerlukan sebab,,, ~~


Gadis : Mengapa awak menyukai saya? Mengapa awak cintakan saya?

Jejaka : Saya tidak boleh menerangka

n sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak!


Gadis : Awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak boleh katakan awak sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya.

...
Jejaka : Betul! Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak!

Gadis : Tak boleh beri bukti! Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya?

Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata...

Jejaka : Baiklah! Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya. Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya bersama awak!

Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi. Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma.

Si Jejaka amat bersedih. Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik..

"Awak! Jika disebabkan suara, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak bersuara? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat bersuara. Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak menunjukkannya? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini.

Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak tersenyum? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai awak.... sekarang bolehkah awak melangkah? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya. Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.. (^^,)v

:::wiken yg super bosan:::

haiiiiii...wats up!
btper jew wiken nie???sy???
just duk umah jew.....
super bosan!nk kuar tgk movie pun
cm malas lak...xde citer yg best!hurmmm

alangkah best nyer if ad bf kan...xdela bosan sgt!
if x kuar pun,leh la lepak2 ngan die kew,sembang2 ke kan...
tp,lau da xde bf nk wat guane kan...duk umah diam2 da la..
huhuhu...

hari nie hbs kan masa ngan on9,kemas almari n blik jew :)
after siap sumer,still bosan ag..huhu
tdow???bkan hobi sy la tdo siang2 nie....if penat sgt baru la
sy tdow :)

k la,sy pun xtau la nk mrepek ape lgi kt cnie....
t melalaut lak mcm2..huhu...
k la papaiiiii :)

Saturday, October 1, 2011

terasa mcm x d hargai!!

yela sape la diri nie kan!xmcm gurl2 len...
yg cantik,kurus,putih...open minded....
tp aku???hanye org biase yg x pndai nk bgaul...
kadang2 aku terase sperti aku je yg lebeh2...
hurmmm....ntah la...

ssh nyer bile kite nie jd terlalu baik...sampai kan ad org
takut nk bkwan ngan kite!jd jahat pon ssh jugak...hurmm
pelik la dgan sikap manusia nie.... ape2 jela...
penat la cmnie!

Friday, September 30, 2011

HATIMU MILIKKU + LIRIK NERA AF9

::Hati mU miLik Ku::

Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu

Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku


Di sisimu aku terdiam seribu bahasa

Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu


Nafasku terhenti bila melihat dirimu

Terasa batas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu

Kan kuabadikan dikau

Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu

Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini


Bagai bahtera yang dilanda badai

Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku


Aku coretkan kenanganmu

Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini


p/s:like sgat2 lagu nera nie....:)