Tuesday, August 14, 2012

~kenangan terindah with his family~

11/8/2012 kenangan berbuke with his family and makcho family :) 

thanks sgat2 kat his mum sbb blanje me tdung bawal..nice!and to his father because blnjer mkn....hope dpt mcm ni lg..insyaallah

Saturday, June 30, 2012

wiken yg super tired!!

assalamualaikum...haiii...
selamat hujung minggu semua!waaa...bestnyer org len ujung minggu dpt kuar jalan2 with frenz...shoping2...hilang kan stress..tp aku x dapat pun...huhuhu...this week busy tramat sgat!byak nyer benda nak kena siap kan.....pening kepala!portfolio student 1 ape pun x taip lagi,mini garden pun x tau ape cerita,classroom besepah...arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!tension bile d pikir kan!tapi xpe2..cool jew..huhuhu...xmo stress2 sgat!
insyaAllah aku dpt settle kan dgan tenang n lancar jew... :)

Tuesday, June 26, 2012

~~rindu owh rindu~~

salam hiii all!!
mcm nie la gaya nyer org angau bercinta!huhuhu..
terpaksa menahan rindu..lagi2 bila berjauhan
dan ssh nak jumpa...sebulan skali dpt jumpe pun
dah bersyukur sgat3 :)

terubat ckit rindu..kdg2 terpkir jgak nak je ajak
dia 2 kawen cepat2...sbb dah x sngup kot bjauhan cmnie..
huhuhu...gatal kan ayt nie...ish3x...(gurau2 jew)
insyaAllah ade jodoh kami lgi 2 tahun yer..
tunguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ek!!

actuali x tau pun nak tulis ape...saje jer tulis mlm nie..
bosan la kate kan...tp seriusly i miss my love damn much!!
:(



Tuesday, May 1, 2012

Hello everyone.
yes i am back=D

to be honest you don't need to spend too much money to own super awesome wardobe.
but to splurge on something that worth the price won't kill you darling;)
i usually spend a bit more on jeans,handbag and makeup.
i don't mind spend my money on clothes that i know i will wear it forever.
that's my thang!

if you can't afford the price tag.
just wait for the sale baby.
i usually get a bargain price for my clothes during the sale.
that's my trick=)
i hope this help.
assalamualaikum..haiii :)
 
i know it's been a while since my last update.
my job really take most of my 24H everyday.
but i think i like it that way.
rather than be a lazy ass,i'm happy to be a busy woman=)
i think i love the beginning of 2012.
i'm so grateful for everything that i have now.
i feel so blessed that i have kind and awesome people around me.
Alhamdulillah.

i can't expect each day of my life will be bright and problem free but i treasure every each day that Allah gave to me.
the problems will make me stronger and the happy moments will make me feel so grateful.

Friday, February 24, 2012

~~santapan rohani~~

Tiap-tiap perkataan yang tidak ada padanya peringatan kepada Allah itu adalah tidak berfaedah, tiap-tiap diam yang tidak diikuti dengan berfikir itu adalah kelalaian dan setiap pandangan yang tidak dapat memberi pengajaran itu adalah sia-sia.

Keamanan adalah pijakan terkuat. Kesihatan adalah pelindung yang paling sempurna. Ilmu adalah makanan yang paling lazat. Cinta adalah ubat yang paling mujarab. Menutupi aib adalah adalah pakaian yang paling baik.

Mohonlah kepada ALLAH keampunan dan kesihatan. Jika ALLAH telah mengurniakan itu semua, maka anda telah mendapatkan semua kebaikan, selamat dari segala kejahatan dan beruntung dengan memiliki segala kebahagian
 
 

pangkor island!!

perfect hneymoon location!!wahhh....blum pape dh talk pasal honeymoon...ish3..ape daaa...
actualy bukan ape,nie just my impian jew...one day if i kawen,nak ajak my future husband g honeymoon cnie laaa....nak tau sb pew,sbb i tgok tmpat die cntik sgat!seriusly tringin sangat nak pegi sinie...xpe2 nnt da keje
start saving duet g cnie la...










hope 1day dpat nk pegi cnie :)
picture nie actualy copy paste dri intenet jew... 
yela,xpnah smpai lg kot..huhu
xpe2 nnt dah pg sana,i snap pict byak2 ok!
hahaha.. k la makin mlalut lak kan..k babai!







Thursday, February 23, 2012

Sahabat-Sahabat MUSLIMAH yg Disayangi Allah lagi Dikasihi NABI...
JOM KITA BERTUDUNG...
TUDUNG WANITA itu ada empat iaitu tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara dan tudung pada hati.. Apa MAKSUD disebaliknya?

✿~ Tudung pada WAJAH : jangan sampai wajahnya mengundang FITNAH..kecantikan adalah pingitan buat suami, BUKAN PAMERAN untuk lelaki ajnabi..
✿~ Tudung pada MATA : jangan matanya MEMANDANG lelaki lain selain muhramnya..solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang..
✿~ Tudung pada SUARA : JANGAN DILUNAK-LUNAKKAN dengan tujuan memikat dan mempesona..
✿~ Tudung pada HATI : MENGINGATI Allah dengan tasbih.♥♥
 
 

Monday, February 20, 2012

~sUdUt ReNuNgAn~

MURAH REZEKI
setiap kali berdoa mesti kita mintak untuk d murah kan rezki dan d berkati kan???sebenar nye DIA sentiase mberi tanpa kita sedari.percaya x...dgan seringgit yg kite derma tue,harta kita tak akan kurang!malah makin bertambah :)

"dua malaikat trun stiap hari dari langit.satu dari mereka berdoa: Ya Allah,kembangkan lah harta org2 yg suke mhulurkan derma..Dan satu  yg lain pula berdoa: Ya Allah binasakan lah harta2 org yg kikir(kedekut)"(al-hadis)

malaikat tolong doakan kita.itu baru bgi seringgit.kalau kita bg bringit2 lagi la bnyak doa yg kita dapat dri para malaikat.tapi kita jgan salah fham plak..rezki tu bukan sahajA dri duit..tapi dri smua nikmat yg korg dpt..itulah rezki...contoh nyer

  • mdapat psangan hidup
  • mdapat anak
  • terselamat dri malapetaka
  • bebas dri penyakit
  • bgun pagi dan msih boleh melihat,mdengar dan bercakap
p/s:memberi derma 2 biar lah seiklas hati..jgn mnunjuk2..baru dpt pahala..
     nak tambah rezki byak2 lah bersedekah..."RENUNG2 KAN DAN SELAMAT BERAMAL"


Wednesday, January 18, 2012

Kawan VS sahabat

Bila sudah berjauhan dengan sahabat-sahabat masa belajar dulu. Rasa rindu semakin membuak-buak. Yelah 3 tahun bersama. Banyak perkara yang dilalui bersama. Suka, Duka, Tawa, Riang semua ada. Sekarang semua dah ada kehidupan masing-masing yang baru. Ada yang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, ada yang sedang membina kerjaya, ada yang sedang mencari hala tuju dan bermacam-macam lagi. Setiap mereka, ada jalan yang tersendiri. Begitu juga saya.

Bila berjauhan dengan sahabat-sahabat lama,, muncul pula kawan baru. Biasalah, yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Tapi,, tak semua yang diganti itu sama dengan yang lama. Susah untuk mencari yang sama. Dalam 100, mungkin satu sahaja yang akan sama. Di sini, saya cuma ingin menekankan bahawa, kawan semasa belajar, tak sama dengan waktu kerja sekarang. Siapa sokong dengan statement ni?..hehe

Kalau time belajar dulu,, banyak benda kita boleh berkongsi dengan kawan-kawan. Biasanya, setiap satu persegi kita akan bercerita dengan kawan. Tapi, kawan di alam pekerjaan, tak semua kita boleh berkongsi bersama. Banyak hati yang perlu di jaga. Sukar untuk berterus terang. Kadang-kadang, memendam itu lebih baik dari meluahkan.

Bagi saya,, walau pun dah ada yang baru, saya tetap cari yang lama kerana merekalah yang lebih memahami. Setiap ape yang saya lalui, mereka pasti akan cepat mengetahui. Mereka sangat superb!! Walau apa pun,, tak semua kawan baru tak boleh dijadikan sahabat, cuma ia masih baru. Banyak benda yang masih belum diketahui. Mungkin satu hari nanti persahabatan yang baik akan terjalin.insyaAllah 

rindu sangat2 ngan my geng study...
my classmate...rindu nk kumpul wt jamuan cm dulu..
Sahabat = Sangat memahami
Kawan = hanya dikala suka
~sayang korang sumer~

Thursday, January 5, 2012

rahsia bunga ros :))

haiii....petang yg sangat bosan nie,ape kata kita bcakap tentang bunga ros :))
sekadar untuk hilang kan bosan jer....



MERAH
Warna yang paling laku kat kedai bunga, ros merah melambangkan cinta abadi yang penuh romantis dan ghairah. Love is forever gitu. Tapi tahukah korang bunga ros merah juga melambangkan tanda terbukti keberanian dan sebagai tanda mengucapkan tahniah. Korang boleh gunakan bunga ros merah ni untuk membuatkan malam korang lebih hangat dan bernafsu~~~


PUTIH
Bunga ros putih melambangkan kesucian, kehormatan, privacy dan jugak tak bersalah.Bunga yang biasanya boleh dilihat waktu hari perkahwinan ini juga melambangkan yang pemberi bunga berwarna putih ini juga seorang yang berniat tulus ikhlas dalam perhubungan. Kalau nak beri aku bunga, sila beri bunga ni yek.

PINK
Bunga ros pink melambangkan korang gay. Tipu je. Ros pink membawa maksud romantik, kebahagiaan dan kagum terhadap seseorang. Kalau korang minat pada seseorang, korang boleh gunakan ros pink ni sebagai tanda yang korang ni merupakan secret admirer si dia. Kalau korang nak ucapkan terima kasih yang teramat sangat, ros pink ini juga pilihan yang tepat kerana melambangkan penghargaan dan terima kasih. Tapi bagi lelaki kalau nampak ada lelaki selit bunga ros pink kat poket baju dia, jauhlah dia yek. 


KUNING
Ros kuning boleh jadi ros paling dibenci kerana ianya melambangkan persahabatan. Jadi, kalau tak dapat ros merah, tapi dapat ros kuning, faham-fahamlah yek. Tabahkanlah hati tu, lepas tu korang balas kat si pemberi bunga ros kuning ni dengan bunga ros hitam, mesti dia gelabah. Sebab apa? Sila baca kat bawah. Selain tu, ros kuning ni melambangkan selamat datang/ welcome back dan juga sesuai untuk diberi kepada yang baru bergelar ibu dan juga mereka yang bergraduasi. 

PEACH
Ros berwarna peach membawa maksud yang hampir sama dengan ros pink, iaitu melambangkan rasa syukur. Ia juga sesuai untuk diberi ketika menziarahi orang yang sakit sebagai tanda korang simpati terhadap dia. Tapi tak bagi kat orang sakit pun tak apa, bagi kat kawan-kawan korang yang tengah bersedih. Tunjukkan sikit rasa simpati tu.


ORANGE/JINGGA
Bak kata budak tadika, bunga yos oyen. Bunga yos oyen ni membawa maksud "aku bangga padamu" dan "aku ingin kamu". Warna yang hangat dan memberikan tenaga ini turut membawa maksud yang korang mengharapkan kebahagiaan dalam berpasangan. Happy ever after! Bunga ros yang membawa rasa kebanggaan dan bertenaga~~~

LAVENDER/UNGU
Selain warna merah, korang jugak boleh gunakan warna ungu ni sebagai tanda korang cinta. Tapi lebih kepada cinta pandang pertama.Ia membawa lambang kemegahan dan rasa cinta dalam hati yang nak tersembul keluar umpama pusat terjojol akibat dek tah tahan menanggung cinta.

 
BIRU&HITAM
Pernah nampak bunga ros warna ni? Hanya aku sorang je yang ada.Selepas aku celup dengan pen dakwat biru dan hitam. Sebenarnya, secara realitinya bunga ni tak wujud. Tapi sebab dengan adanya teknologi komputer, diorang edit warna jadi warna ni. Warna hitam melambangkan kematian, kesedihan, dan selamat tinggal. Warna hitam jugak menunjukkan permulaan baru dalam hidup.Warna ros biru pulak melambangkan sesuatu yang tak tercapai atau mustahil. Jadi sila beri gambar bunga ros biru kepada orang yang tergila-gila pada korang tapi korang benci nak mamfus kat dia.


BUNGA ROS KAT KEK?
Aku paling suka bunga ros ni. Makan pun kenyang. Tak bazir duit. Ngeh...Ngeh..Ngeh...

P/S: Jangan beri bunga ros selalu atau murah dengan bunga ros. Beri pada hari-hari yang istimewa atau yang penting sebab keistimewaan bunga ros tu akan hilang kalau diberi selalu. Korang paling suka ros warna apa?