Friday, September 23, 2011

♥ 30 Perkara Perempuan tak Sempat Bagitau Lelaki....♥



1. Bila sorang wanita mengatakan
dia sedang bersedih,tetapi dia
tidak menitiskan airmata,itu bermakna

dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan
kamu selepas kamu menyakiti
hatinya, lebih baik kamu beri dia
masa untuk menenangkan hatinya
semula sebelum kamu menegur

dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari
benda yang dia benci tentang
orang yang paling dia sayang
(sebab itu ramai wanita yang patah
hati bila hubungan itu putus

di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita
jatuh cinta dengan sorang lelaki,
lelaki itu akan sentiasa ada di
fikirannya walaupun ketika dia

sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka
dan cinta merenung tajam ke
dalam matanya, dia akan cair

seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan
pujian tetapi selalu tidak tau

macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan
gadis yang sukakan kamu
separuh mati,tolak cintanya
dengan lembut,jangan berkasar
sebab ada satu semangat dalam
diri wanita yang kamu tak
akan tahu bila dia dah buat

keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula
menjauhkan diri darimu selepas
kamu tolak cintanya,biarkan
dia untuk seketika.Sekiranya
kamu masih ingin menganggap
dia sorang kawan,cubalah tegur

dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang
mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan
dan tulisan adalah cara termudah

mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu
perempuan yang mereka ni

lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius

boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki
yang dicintainya dalam diam
memberikan respon positif,
misalnya menghubunginya
melalui telefon,si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah
tidak berminat,tetapi sebaik saja
ganggang diletakkan,dia akan
menjerit kesukaan dan tak
sampai sepuluh minit,semua

rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi
seribu erti bagi wanita

.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang
wanita,cubalah mulakan dengan
persahabatan.Kemudian biarkan

dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi
seribu satu alasan setiap kali
kamu ajak keluar,tinggalkan
dia sebab dia memang tak

berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa
yang sama dia menghubungimu
atau menunggu panggilan darimu,

teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak

apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh
cinta,dia akan sering tertanya-tanya

kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari
cara yang paling romantik untuk
memikat hati sorang gadis,
cubalah rajin-rajinkan tangan

menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas
keluar,benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa
yang berdiri di sebelah buah
hatinya,kemudian barulah

dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan
sentiasa ada di fikirannya
tetapi lelaki yang dicintainya
sekarang akan berada di

tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja

sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja
yang tahu apa yang

sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki
yang berbaik-baik dengan
mereka semata-mata nak

tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan,
ambil berat, jujur dan

kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan
sorang lelaki yang cintakan

mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!! 28. Wanita suka jika sesekali
orang yang disayanginya
mengadakan surprise
buatnya(hadiah,bunga atau
sekadar kad ucapan romantis).
Mereka akan rasa terharu dan
merasakan bahawa dirinya
dicintai setulus hati.Dengan
ini dia tak akan ragu-ragu
terhadapmu.


29. Wanita mudah jatuh hati
pada lelaki yang ambil berat
tentang mereka dan baik
terhadapnya.So,kalau nak

memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah
mengambil hati wanita
kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan
disayangi sepenuh jiwa.

No comments: